Monday, May 30, 2011

My brand new Blackberry Curve 3G, brand new Britney Spears Radiance perfume and brand new kitten :)
 
 
Oppss! My baby kitty's picture cant be uploaded due to some problems of the server. Will upload later! Cheers :D

Tuesday, May 24, 2011

Light of my life

Mama, you know I love you
Loving you is like food to my soul
HAPPY 48TH BIRTHDAY BELOVED MOTHER
May Allah bless you always dan semoga panjang umur. Amin. I swear to God that I need you forever in my life. I wont be here if its not because of you. 
Kasih ibu sampai ke syurga 
Roslina Mohamed

If only

Happy 1 year and 8 months anniversary AFS

Wednesday, May 18, 2011

Forever in my life


September 24th 2009 until today and still counting

Never say never



Finally, after a few months, I got my hair done this evening. Quite short but its okay, as long as I can grow my hair healthily after this. I have to cut it quite a lot because my hair was too dry at the ends. So I decided to cut it at shoulder length, and when it gets better I will grow my hair long. Longer than I ever had. Hehe. Manyesal pun ada gak ni, sedih woh!
Tapi nak panjangkan rambut rosak buat apa kan? :D

Tuesday, May 10, 2011

Nobody gonna love me better

I must stick with you forever

Friday, May 6, 2011

Nothing stay forever


I have a major problem. It's not that MAJOR but still, a problem of mine. Maybe I can act like I dont give a fuck, but the pain inside is getting worse day by day. Kata orang, sampai bila boleh sabar? Bila dah mencabar kesabaran, memang rasa nk hentam muka kau. At least I dont show it to you, be mature lah, masing masing ada privacy masing masing. 
Kau pandai cakap, tk layan lah orang touching touching. Padahalllll -,- 

Hey, stop acting like a 6 year old kid, sbb ada geng boleh cerita lah kan? Cuba kalau sorangggg. Mau merempat kau mintak simpati orang, dahlah suka take advantage atas kesenangan orang lain. Open your eyes wider, cause I do believe in karma. What goes around comes around. Hidup ni umpama roda, kadang kita di atas kadang kita di bawah. Jangan terlalu seronok berada di atas sebab kau akan mintak tolong orang sambut kau bila sampai masa kau nk tergolek ke bawah. Dan maaf, kalau tkde yg nk menyambut dan akhirnya kau menggelupur sorang diri dekat bawah tu dan kitaorg yang dekat atas bertepuk tangan tengok kau.

Kesabaran manusia ada tahapnya. Jangan terlalu ikutkan perasaan sendiri, fikir perasaan orang jugak. Mungkin kau taktau cerita sebenar. Kalau dah tau, jangan nanti malu diri sendiri :)

Wednesday, May 4, 2011

I'm here without you babe


Dulu awak bahagia dgn kita, dulu masa mula mula tu awak bangga letak gambar kita, letak relationship semua. Sampai satu masa, kita terperasan awak  dh tk letak gambar kita lagi dah. Relationship pun awak tknak letak. Sejak tu kita mula terfikir, awak malu ke dgn kita? Kita bukan apa, kita tk suka bila awak tk letak relationship tu ada jelah perempuan wall awak mesra mesra. Siapa tk sakit hati wak.
Sekarang kita dh tk dgn awak lagi. Masa tu kita tahu awak sedih sgt, tapi kita terpaksa. Bila dh jadi mcm tu baru awak tahu banyak mana awak sayang kita kan? Masa tu baru kita sedar, awak sebenarnya baru sedar awak sayang kita. Lelaki. Bila dh pergi, baru nk dikenang. Tapi takpe, at least kita tahu awak sayang kita. 


Sampai masanya awak cakap awak dh tk boleh tunggu lagi. Kita sedih. Tapi takpe, itu keputusan awak. Kita tknak paksa. Kita pun tk bagi apa apa dkt awak. Mungkin awak akan jumpa orang yg jauh lebih baik dr kita. Siapa tahu kan? Andai semua tu terjadi, kita redha. Tapi andai kata dh memang jodoh kita untuk bersama, kita akan dapat awak balik even jauh mana pun awak berada.


Kita rasa ini masa terbaik untuk kita move on. Mungkin awak tkkan jumpa kita lagi dah. There's no point. Awak dh tk percaya kita lagi dan awak lebih memilih untuk percaya ckp org sekeliling. Takpe. Kita tahu apa kita buat. Biar org nk cakap apa. 


Terima kasih sebab kesudian awak menyayangi kita. Kita tahu kita bukan yg terbaik sebaliknya awaklah yg terbaik.

Tuesday, May 3, 2011

Cause all that waiting is regret


*Ini hanya sekadar luahan perasaan, kalau bosan atau rasa mcm jiwang ke apa, tkpayah baca lah kay. My blog, my rules.

Aku sedar, aku terlalu beremosi kebelakangan ni. Ya, aku mengalami ketidakstabilan mood yg entah kenapa hadir secara tiba tiba. Aku cepat nk marah kalau ada yg tak kena. Hmm. 


Banyak persoalan dalam diri aku. Aku sendiri tk faham apa masalah aku yg sebenarnya. Mungkin terlalu banyak berkhayal, atau beremosi. Entah. Hmm. Dulu, aku ada seseorang yg pernah bertakhta di hati aku. Bahagia selalu, dialah tempat aku luahkan perasaan, tempat aku menangis, tempat aku lepaskan kemarahan, tempat aku bergaduh, tempat aku mengadu, semuanya dia. Walaupun dia pernah melakukan kesilapan besar ketika itu, tapi kerana sayang aku maafkan dia dan dia berjanji untuk berubah. Aku percaya walaupun rasa itu tk sekuat dulu, akibat pernah dikhianati. Luka itu masih berbekas di hati. Lama kelamaan aku mula menjadi seperti sedia kala. Sampai satu masa ketika itu, aku tinggalkan dia. Perpisahan yg aku pinta walaupun dgn hati yg sangat berat. Dia sedih, aku tahu. Dia menangis di hadapanku. Aku juga tk dapat menahan air mata itu dr menitis. Aku terpaksa. Maafkan aku. 


Selama perpisahan itu, aku cuba mengelak darinya. Bukan benci, cuma mengelak dr disoal dgn bermacam macam soalan. Selepas itu, aku pernah menyayangi yg lain. Dia memberi aku harapan yg sgt tinggi, aku tk nafikan ketika itu aku sgt bahagia. Terasa dihargai, terasa disayangi. Lama kelamaan timbul perasaan sayang dan rasa itu semakin kuat. Setelah beberapa lama, baru aku tahu perkara sebenar. Dia mengatakan dia tk pernah anggap aku lebih dr itu. Aku kecewa, yaa sgt kecewa sampai satu mlm aku tk tidur menangis keseorangan. Aku buat keputusan utk tk contact dia lagi. Aku tetapkan diri aku agar tk terhegeh hegeh pada org yg tknak kt aku. Aku berjaya, walaupun pd masa yg sama aku sgt tertunggu tunggu dia. Hati aku sakit setiap kali aku nampak dia di kolej. Tapi tkpa, aku biarkan perasaan itu berlalu pergi. 


Aku rindukan kekasih hati aku yg dulu, aku cuba contact dia balik. Dia memberi respon positif, dan aku dapat rasakan kegembiraannya ketika itu. Aku tahu, aku lah kebahagiaan dia. Dia kata dia sanggup tunggu aku, dia tkkan menyesal dgn keputusannya. Aku tk berani memberi kata putus walaupun aku tahu aku sgt menyayangi dia. Aku tk mahu lukakan perasaan dia lagi, aku tahu aku belum cukup matang dlm perhubungan yg serius. Aku tk mahu mengambil risiko. Aku katakan padanya agar jgn letakkan harapan terlalu tinggi. 
Ya, aku tahu. Seteguh teguh seorang lelaki, sampai bila dia sanggup menunggu. Aku terima kata putus darinya yg mahu berhenti mengharap padaku. Aku kecewa, sedih, aku menangis. Tapi aku tahu, aku tk memberi apa apa padanya dan inilah balasan yg aku terima. Aku pernah memiliki seorang lelaki yg sgt sayangkan aku, tapi aku lepaskan dia pergi. Dia menunggu dan terus mengharap, tapi aku tk memberi apa apa padanya lalu dia pergi meninggalkan aku. Aku tahu, aku layak terima semua ni. Aku tk hargai orang yg hargai aku. Aku tahu dia buat keputusan untuk bahagiakan dirinya sendiri.
Untuk awak, terima kasih buat segalanya. Kita tahu awak rasa apa yg awak buat cuma sia-sia kan? Tapi percayalah, kita tk sanggup nk lukakan awak lagi. Kalau ada jodoh, kita mesti cari awak balik. Percayalah. Kita sayang awak :')


Dan kepada yg berkenaan, aku tahu aku disayangi. Tapi aku tk mahu lebih dr itu kerana aku tknak lukakan perasaan sesiapa lagi. Aku lebih senang hidup sendiri dan berkawan dgn sesiapa yg aku mahu, dan tkda sesiapa berhak menghalang. Aku harap kau akan lebih memahami aku. Mencintai tk semestinya memiliki kerana bukan semua yg kita nak, kita akan dapat. Terima kasih pada kau yg tulus menyayangi aku. Maafkan aku kerana aku tk bisa membuat pilihan yg tepat. Biarlah aku bahagia sendiri.