Tuesday, May 3, 2011

Cause all that waiting is regret


*Ini hanya sekadar luahan perasaan, kalau bosan atau rasa mcm jiwang ke apa, tkpayah baca lah kay. My blog, my rules.

Aku sedar, aku terlalu beremosi kebelakangan ni. Ya, aku mengalami ketidakstabilan mood yg entah kenapa hadir secara tiba tiba. Aku cepat nk marah kalau ada yg tak kena. Hmm. 


Banyak persoalan dalam diri aku. Aku sendiri tk faham apa masalah aku yg sebenarnya. Mungkin terlalu banyak berkhayal, atau beremosi. Entah. Hmm. Dulu, aku ada seseorang yg pernah bertakhta di hati aku. Bahagia selalu, dialah tempat aku luahkan perasaan, tempat aku menangis, tempat aku lepaskan kemarahan, tempat aku bergaduh, tempat aku mengadu, semuanya dia. Walaupun dia pernah melakukan kesilapan besar ketika itu, tapi kerana sayang aku maafkan dia dan dia berjanji untuk berubah. Aku percaya walaupun rasa itu tk sekuat dulu, akibat pernah dikhianati. Luka itu masih berbekas di hati. Lama kelamaan aku mula menjadi seperti sedia kala. Sampai satu masa ketika itu, aku tinggalkan dia. Perpisahan yg aku pinta walaupun dgn hati yg sangat berat. Dia sedih, aku tahu. Dia menangis di hadapanku. Aku juga tk dapat menahan air mata itu dr menitis. Aku terpaksa. Maafkan aku. 


Selama perpisahan itu, aku cuba mengelak darinya. Bukan benci, cuma mengelak dr disoal dgn bermacam macam soalan. Selepas itu, aku pernah menyayangi yg lain. Dia memberi aku harapan yg sgt tinggi, aku tk nafikan ketika itu aku sgt bahagia. Terasa dihargai, terasa disayangi. Lama kelamaan timbul perasaan sayang dan rasa itu semakin kuat. Setelah beberapa lama, baru aku tahu perkara sebenar. Dia mengatakan dia tk pernah anggap aku lebih dr itu. Aku kecewa, yaa sgt kecewa sampai satu mlm aku tk tidur menangis keseorangan. Aku buat keputusan utk tk contact dia lagi. Aku tetapkan diri aku agar tk terhegeh hegeh pada org yg tknak kt aku. Aku berjaya, walaupun pd masa yg sama aku sgt tertunggu tunggu dia. Hati aku sakit setiap kali aku nampak dia di kolej. Tapi tkpa, aku biarkan perasaan itu berlalu pergi. 


Aku rindukan kekasih hati aku yg dulu, aku cuba contact dia balik. Dia memberi respon positif, dan aku dapat rasakan kegembiraannya ketika itu. Aku tahu, aku lah kebahagiaan dia. Dia kata dia sanggup tunggu aku, dia tkkan menyesal dgn keputusannya. Aku tk berani memberi kata putus walaupun aku tahu aku sgt menyayangi dia. Aku tk mahu lukakan perasaan dia lagi, aku tahu aku belum cukup matang dlm perhubungan yg serius. Aku tk mahu mengambil risiko. Aku katakan padanya agar jgn letakkan harapan terlalu tinggi. 
Ya, aku tahu. Seteguh teguh seorang lelaki, sampai bila dia sanggup menunggu. Aku terima kata putus darinya yg mahu berhenti mengharap padaku. Aku kecewa, sedih, aku menangis. Tapi aku tahu, aku tk memberi apa apa padanya dan inilah balasan yg aku terima. Aku pernah memiliki seorang lelaki yg sgt sayangkan aku, tapi aku lepaskan dia pergi. Dia menunggu dan terus mengharap, tapi aku tk memberi apa apa padanya lalu dia pergi meninggalkan aku. Aku tahu, aku layak terima semua ni. Aku tk hargai orang yg hargai aku. Aku tahu dia buat keputusan untuk bahagiakan dirinya sendiri.
Untuk awak, terima kasih buat segalanya. Kita tahu awak rasa apa yg awak buat cuma sia-sia kan? Tapi percayalah, kita tk sanggup nk lukakan awak lagi. Kalau ada jodoh, kita mesti cari awak balik. Percayalah. Kita sayang awak :')


Dan kepada yg berkenaan, aku tahu aku disayangi. Tapi aku tk mahu lebih dr itu kerana aku tknak lukakan perasaan sesiapa lagi. Aku lebih senang hidup sendiri dan berkawan dgn sesiapa yg aku mahu, dan tkda sesiapa berhak menghalang. Aku harap kau akan lebih memahami aku. Mencintai tk semestinya memiliki kerana bukan semua yg kita nak, kita akan dapat. Terima kasih pada kau yg tulus menyayangi aku. Maafkan aku kerana aku tk bisa membuat pilihan yg tepat. Biarlah aku bahagia sendiri.

2 comments:

  1. you have to move on okay sayang.
    you have your own life and your own happiness :)

    ReplyDelete
  2. i'm moving on. thanks sayang :)

    ReplyDelete