Sunday, July 3, 2011

The Haunted Mansion

Okay hari Khamis lepas dah daftar untuk sem 3. Balik Bangi hari Selasa lepas sbb nk jumpa Mek Ati, dia datang ambil surat berhenti. Malam tu tidur rumah Intan, lepak lepak tidur sempit sempit satu comforter kecik sampai 5 orang. Esoknya Mek buatkan maggi goreng special, dengan sotong. Sedap sangat! After that gerak college teman Mek then petang tu Mek balik ke Shah Alam sebelum bertolak ke Kluang Johor. We were all crying, AINAF dah jadi INAF :'( Masuk bilik, rupa rupanya banyak barang Mek tinggal. Hmm. 

Malam tu kitaorg bertiga keluar makan dkt 15, jalan kaki agak seram sbb sunyi. Balik tu mandi jap then Nurul gosok baju. Tiba tiba, POOFFF! Blackout! Okay, takut. Tapi buat berani, turun bertiga, naikkan balik circuit breaker tu, okay dh terang. Naik bilik, Nurul sambung gosok  baju. Baru duduk, blackout balik. Okay kali ni budak budak lain dh balik. Tapi baru nk park kereta. Turun bawah, naikkan balik benda tu. 
Nurul sambung gosok baju, belum apa apa blackout kali ketiga. Okay kali ni betul betul berderau jantung aku, tapi turun sama sama naikkan balik. Bayangkan, sekejap sgt, sbb budak budak yg park kereta tadi belum sempat masuk rumah lagi. Dalam hati, ni dh kali ketiga, dh lain macam.


Masuk bilik, sambung gosok baju then tkde apa apa dah. Okay, dia nk main main. Nampaknya kena buat sesuatu ni. Maklumlah, rumah baru kawasan baru, orang pun tk ramai lagi. Harap harap dia tk muncul depan mata, kacau macam ni takpelah lagi. Kalau dia muncul usik usik ke, mau pengsan aku. Sumpah! Ya Allah, jauhkanlah makhluk makhluk ni dari menggangu kami.


Aku pernah terbaca, rumah baru atau kawasan yang dh lama ditinggalkan, kena azan 3 kali di tengah rumah. Aku harap nanti ada sesiapa yg pandai azan, boleh azan dkt rumah tu. InsyaAllah makhluk lain yg turut menghuni akan lari keluar. Lagi satu, kena sembahyang, doa banyak banyak. InsyaAllah akan kami buat. Harap harap ada perubahan.Alhamdulillah malam tu tidur kt rumah tu, tkde apa apa yg mengganggu. Tapi masa aku terjaga pukul 4 pagi, agak takut jugak nk bukak mata pandang keliling. Nurul dgn Aa'aa ada cakap malam tu diaorg dengar bunyi macam hanger berlaga laga. Diaorg kata mungkin bunyi air menitik sbb malam tu hujan. Tapi bila diaorg diam utk dengar betul betul bunyi tu, bunyi tu berhenti. Haihhh. Nasib baik aku dh tidur, kalau tk mau meremang. Apa apa pun, harap sangat tkde benda yg lebih teruk dari ni yg akan jadi. Amin.

2 comments:

  1. You buatlah bacaan Yassin. Ala you and your friends je. Bukak youtube, baca lah ramai-ramai. Insya'Allah dengan cara tu boleh. Atleast cuba kan. Bukak max volume. Biasakan dulu rumah tu dengan ayat ayat quran :-)

    ReplyDelete
  2. Eh cepatnya syaza! Haha thanks for reading.
    Yeah, kitaorg plan lepas ni nk baca yassin apa semua. Mmg tkde plan nk buat kenduri ke apa, just kitaorg je. Lagipun rumah ni ada 15 org, dh cukup ramai dh. Insyaallah lah :)
    Thanks syaza

    ReplyDelete